CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

(>_-)

~sayang dia~

Blog Archive

~ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

. : :Ahlan Wasahlan Wa marhaban bikum : : .

Alhamdulillah syukur padamu illahi...kerana memberi ku ruang dan rasa cinta untuk mengilham ruang muhasabah, mentarbiah juga membina cita-cita dalam menuju anjakan paradigma dan membina sahsiah diri yang berpotensi dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa didunia dan akhirat~insyaallah~


Allah.....semoga ruang ini adalah jalan kami menuju keinsafan jua peringatan pada diri hamba dan sahabat tersayang di dunia akhirat...


Thursday, August 12, 2010

Al-Ghurabaa' (orang asing/dagang)

Assalammualaikum wrt wbt..

Bersua lagi dgn persoalan yg diutarakan oleh sahabat sy semalam.Insyallah mana yg baik itu dtg drpd yg Maha SATU itu.so persoalannya itu nak diperjelaskan & mengetahui hadith al-ghurabaa' (orang asing/dagang).Bila sebut pasal 'al-ghurabaa' ni teringat akan sebuah nasyeed yg menceritakan mengenai al-ghurabaa' itu.Jom membaca sejenak..

Hadith diriwayatkan oleh ABu hurairah dikeluarkan oleh Imam Muslim.
"Sesungguhnya Islam dimulai dengan ghuraba dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang Al-Ghuraba"

Hadith ini menyebut al-ghuraba. Ghuraba secara bebasnya kalau diterjemahkan maksud dagang. Tetapi ia bukan merujuk perdagangan spt yg kita faham.Al-Ghuraba dlm hadith itu boleh membawa maksud beberapa erti. tetapi maksud yg sahihnya ialah asing, janggal,pelik.Dari segi istilah, ia membawa maksud berikut:

1. Al-Ladzina yuslihuuna idzaa fasada an-nas (orang-orang yang berbuat kebajikan ketika manusia rosak)

Lafaz ini ada pada hadits Abdillah bin Mas'ud dengan sanad periwayatan yang sahih, hadith Abi Hurairah dengan sanad periwayatan yang ada padanya Bakr bin Saliim ASh-Showaaf dan beliau perawi yang lemah akan tetapi masih mu'tabar dan dari jalan beliau juga dalam hadits Shal bin Saad As-Saa'idiy, hadith Abdurrahman bin Sannah dengan sanad yang ada padanya Ishaaq bin Abdillah bin Abi Farwah dan beliau ini matruk, hadits Saad bin Abi Waqqaash dengan sanad periwayatan yang sahih dan dalam hadith mursal Yahya bin Said dengan sanad periwayatan yang lemah, dengan demikian nampaklah bahawa lafaz hadith ini shahih dan masyhur.

2. An-naasun shalihuuna fii unaasi suu'i kastirin man ya'shi'him aktsaru mimman yuthii'uhu (orang-orang soleh di antara banyaknya orang-orang yang buruk, orang yang menyelisihi mereka lebih banyak dari yang mentaatinya)

Lafaz tambahan dari hadith tersebut ada pada hadith Abdillah bin Amr bin Al-Ash dari riwayatnya shahih. Sedangkan As-Subkiy telah melakukan kesalahan karena menyebutkannya pada bab yang berisi kumpulan hadith-hadith yang tidak ada asalnya dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam tulisan beliau tentang biografi Abu Hamid Al-Ghozaliy dalam kitab Thabaqaatusy Syafi'iyah 4/145 dan ini merupakan kesalahan yang besar apalagi hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dam Musnadnya.

kesimpulannya: ia merujuk betapa dulu Islam asing di pandangan masyarakat arab dan tidak diambil peduli. Dan ia akan kembali menjadi seperti. Oleh itu, berbahagialah org mencari Islam, org yg menerima Islam, mengamalkan Islam spt mana zaman sabiqun awwalun. Ramainya yg menentang mereka, Bilal disiksa. Khabab bin Alarat dipanggang. Sumayyah dan Yaseer terbunuh. Khabar gembira buat mereka. Dan zaman itu akan kembali. Islam di pinggir. Org yg mengamalkan islam dikatakan kolot.

1. Menurut Imam Nawawi, Qadhi 'Iyad mengatakan bahawa Ibnu Abi Uwais telah meriwayatkan dari Imam Malik rh. bahawa maknanya di Madinah. Maksudnya Islam telah bermula secara dagang di Madinah dan akan kembali ke sana.

Akan tetapi pendapat Qadhi 'Iyad sendiri ialah: Zahir hadis adalah umum, yakni Islam telah dimulai oleh golongan yang sedikit kemudian berkembang tetapi akhirnya akan kembali berkurangan sehingga berada pada golongan yang sedikit sebagaimana ia bermula.

2. Menurut al-Sindi (syarh Sunan Ibnu Majah), Islam bermula dagang kerana penganutnya yang sedikit. Ia akan kembali dagang kerana kurangnya orang yang menegakkannya walaupun penganutnya ramai. al-Ghuraba' ialah mereka yang menegakkannya. Mereka dipanggil al-Nuzza', iaitu orang yang keluar meninggalkan watan mereka untuk menegakkan sunnah-sunnah Islam, dan menurut pendapat sebahagian ulama' salaf, mereka adalah Ahlul Hadis.

3. Manakala al-Ghuraba' menurut al-Mubarakapuri (syarh Jami' al-Tirmizi) ialah orang Islam di awal Islam dan di akhir Islam, ekoran kesabaran mereka menghadapi penindasan dan sebagainya.

Kadang-kadang kita terasa yang diri kita hidup di dalam suasana yang asing.

Tatkala orang lain bermewah-mewahan, berseronokan, berjoli, mengaut habis keuntungan dunia, melanggar perintah2 Tuhan dan sebagainya.

Ssedangkan kita tetap dalam keadaan qanaah, malah patuh dengan perintah Tuhan. Berjaga-jaga dalam setiap hal. Meninggalkan yang haram dan syubhah. Sentiasa cuba utk bersikap warak dalam hal keduniaan. Menjaga amalan2 sunnah, malah berittiba’ dengannya. Kita lihat tak ramai yang begitu.

Rugikah kita? Oh tidak! Memang itu sudah dijanjikan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam. Kita yang cuba utk kekal dalam beragama akan merasa diri asing. Lihatlah sekeliling… Nescaya kita akan lihat sangat sedikit orang yang mahukan ISLAM. Semoga perasaan asing yang melanda diri terubat dengan pesan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut: (InsyaALLAH kita akan beruntung)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)



Dari Ibnu Umar rodhiALLAHU ‘anhu berkata: Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wa sallam memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar rodhiALLAHU ‘anhu berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

Waallahualam..

0 ulasan:

WANITA ITU..

WANITA ITU..

ayuh khatam Quranul Kareem

ayuh khatam Quranul Kareem

~Allahu Akhbar~