CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

(>_-)

~sayang dia~

Blog Archive

~ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

. : :Ahlan Wasahlan Wa marhaban bikum : : .

Alhamdulillah syukur padamu illahi...kerana memberi ku ruang dan rasa cinta untuk mengilham ruang muhasabah, mentarbiah juga membina cita-cita dalam menuju anjakan paradigma dan membina sahsiah diri yang berpotensi dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa didunia dan akhirat~insyaallah~


Allah.....semoga ruang ini adalah jalan kami menuju keinsafan jua peringatan pada diri hamba dan sahabat tersayang di dunia akhirat...


Thursday, October 9, 2014

More than 100 Keyboard Shortcuts

More than 100 Keyboard Shortcuts must read
SHARE IT........

Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)
1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box - Keyboard Shortcuts
1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts
1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)
2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows Logo+E (Open My Computer)
7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)
13. Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)
20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display the bottom of the active window)
22. HOME (Display the top of the active window)
23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)

MMC COnsole Windows Shortcut keys

1. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
2. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
3. F5 key (Update the content of all console windows)
4. CTRL+F10 (Maximize the active console window)
5. CTRL+F5 (Restore the active console window)
6. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
7. F2 key (Rename the selected item)
8. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation
1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME (Display the Start menu)
6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)
8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts
1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open the Search bar)
3. CTRL+F (Start the Find utility)
4. CTRL+H (Open the History bar)
5. CTRL+I (Open the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open the Print dialog box)
10. CTRL+R (Update the current Web )

SHARE IT WITH YOUR FRIENDS
READ MORE- More than 100 Keyboard Shortcuts

Saturday, September 6, 2014

UNIKNYA AL-QURAN....


1- Jumlah ayat di dalam Al-Qur'an mengikut Ibn Abbas adalah  sebanyak 6,231 ayat ..

2- Jumlah juz Al-Qur'an adalah sebanyak 30.

3- Jmlah surah di dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 114.

4- Jumlah ayat Basmalah dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 114.

5- Surah yang mempunyai dua basmalah didalamnya adalah surah An-Naml.

6- Surah yang tidak dimulakan dengan Basmalah adalah Taubah.

7- Surah pertama didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Fatihah.

8- Surah terakhir didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Nas.

9- Wahyu pertama yang diturunkan adalah awal surah Al-'Alaq.

10-Surah lengkap pertama yang diturunkan adalah Al-Muddastir.

11-Wahyu terakhir yang diturunkan adalah ayat 281 surah Al-Baqarah.

12-Surah lengkap terakhir yang diturunkan mengikut Ibn Abbas adalah surah An-Nasr

13-Surah terpanjang dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Baqarah.

14-Surah terpendek dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Kaustar.

15-Ayat terpanjang dalam Al-Qur'an adalah ayat 282 surah Al-Baqarah.

16-Ayat terpendek dalam Al-Qur'an adalah ayat 1 surah Al-Fajr.

17-Ayat sajadah dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 14.

18-Surah yang mempunyai dua ayat sajadah adalah surah Al-Haj.

19-Surah pertama yang mengandungi ayat sajadah Al-'Araf.

20-Surah terakhir yang mengandungi ayat sajadah Al-'Alaq.

21-Surah yang terletak di pertengahan Al-Qur'an Al-Kahfi.

22-Jumlah surah jenis Makki adalah sebanyak 86.

23-Jumlah surah jenis Madani adalah sebanyak 28.

24-Bacaan imalah terdapat pada ayat 41 surah Hud.

25-Bacaan tashil terdapat pada ayat 44 surah Fussilat.

26-Bacaan naql terdapat pada ayat 11 surah Al-Hujurat :

27-Bacaan isymam terdapat pada ayat 11 surah Yusuf :

28-Bacaan saktah terdapat pada 5 ayat :

a) Ayat 1, surah Kahfi
b) Ayat 51, surah Yaasin
c) Ayat 28, surah Haqqah (boleh saktah dan waqaf)
d) Ayat 27, surah Qiyamah
e) Ayat 14, surah Muthaffifin
READ MORE- UNIKNYA AL-QURAN....

Checklist Persediaan Umrah

Senarai keperluan wanita sahaja.

Yang Utama

Passport
Buku suntikan Meningitis
Wang Riyal + Wang Malaysia
Kad ATM (roaming activated)
Surat Beranak yang dah disahkan

Pakaian

Telekung mini 1
Jubah 2,
Jubah ihram putih 2
Baju muslimah 1
Stokin aurat 1
Stokin hitam 3
Sarung tangan 2
Sarung tangan biasa 1
Sarung tangan tutup jari 1
Baju tidur 1
Tuala mandi 1
Tudung syria 2
Anak tudung 2
Singlet umrah 2
Pakaian dalam
Kasut tawaf 1
Seluar slack 1
Baju sejuk 1
Tuala kecil

Toilettries

Sabun taharah 2
Pencuci muka
Berus gigi, ubat gigi
Berus baju
Cotton bud
Wet tissue
Serbuk breeze
Panty liner
Nail cutter
Deodorant

Kosmetik

Pelembap bibir
Wet tissue
Footcare cream

Peralatan ibadah

Tasbih
Buku panduan umrah
Buku kecil + pen
Al-Quran kecil
Buku zikir & doa, buku solat sunat
Sejadah kecil
Spray wuduk
Sejadah nipis

Ubat-ubatan

Eye drop
Minyak urut, vicks
Pil hormon (tahan period)
Panadol, selsema, batuk, strepsil, pil chi kit
Ubat kencing manis + darah tinggi ( for my parents)

Lain-lain

Sunglasses
Charger hp
International plug
Gunting kecil
Beg uncang selipar
Handphone
Benang + jarum
Uncang kasut & batu
Hanger, steamer mini travel
Tali rafia,
Travel pillow
Tupperware kosong
Plastik beg
Label malaysia utk telekung
Pen marker + selefon tape
Biskut, Serunding, Milo peket
READ MORE- Checklist Persediaan Umrah

Subhanallah.. Hebatnya Farmasi Allah

 Subhanallah
Hebat nya kuasa Allah 
Setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.



Lobak Merah

Hirisan lobak merah tidak ubah seperti mata manusia dimana terdapatnya anak mata, iris dan garisan memancar. Sains membuktikan bahawa lobak merah dapat meningkatkan aliran darah dan fungsi mata.

*****************


Tomato

 Tomato mempunyai 4 ruang dan berwarna merah. Ianya tidak ubah seperti jantung manusia. Tomato kaya dengan Lycopine dan makanan asli yang anat diperlukan oleh hati dan jantung. Tomato baik dalam membekalkan darah ke jantung.

************



Anggur

Anggur tergantung dalam gugusan yang berumpun-rumpun seperti hati. Setiap anggur umpama sel darah. Anggur merupakan makanan pembekal darah dan mencergaskan hati.

***********


Walnut

Sebiji walnut menyerupai bahagian otak. Sebelah kiri dan sebelah kanan serebrum atas atau otot besar. Kedutan atau penglipatan pada kekacang juga sama seperti terdapat pada otak. Walnut membantu membentuk lebih dari 3 dozen pancaran neuron untuk fungsi otak.

**********



Kacang Ginjal

Kacang Ginjal menyembuhkan dan membantu mengekalkan fungsi buah pinggang/ginjal dan kelihatan seperti buah pinggang/ ginjal manusia.

**********

Daun Saderi

Juga dipanggil Bok Choy, Rhubarb. Ianya kelihatan seperti tulang. Daun saderi membekalkan 23% Natrium yang di perlukan untuk menggantikan keperluan rangka tubuh. Tulang manusia terdiri dari 23% Natrium. Sekiranya tidak cukup natrium dalam diet maka tubuh akan mengambil natrium daripada tulang dan menyebabkan badan manusia lemah. Daun saderi secara tidak langsung  mengisi keperluan skeletal untuk tubuh.

*************


Buah Ara

Buah ara penuh dengan biji dan tergantung berpasangan ketika tumbuh. Buah ara meningkatkan  dan menambahkan pergerakan sperma lelaki dan meningkatkan bilangan sel sperma dan mengatasi masalah kemandulan di kalangan lelaki.

*************


Keledek

Ubi keledek kelihatan seperti pancreas. 
Buah ini membantu mengseimbangkan indeks glisemia pesakit diabetes.


****************

Bawang

Bawang menyerupai  sel-sel tubuh. Bawang dapat membantu membuang dan membersihkan bahan -bahan yang tidak diperlukan oleh seluruh sel  tubuh. Bawang juga membantu menghasilkan air mata yang mencuci lapisan epitelium mata.


**************

Buah Zaitun

Buah Zaitun membantu fungsi kesihatan dan fungsi ovari.

***********


 Anggur, buah Oren dan buah Sitrus 

Anggur buah Oren dan buat Sitrus kelihatan seperti kelenjar susu dan membantu kesihatan payudara serta pergerakan keluar masuk limfa dari payudara. 


READ MORE- Subhanallah.. Hebatnya Farmasi Allah

Saturday, June 15, 2013

Keputusan bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 56.


Selepas 3hari, inilah Keputusan bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 56.

Qari:
1. Anuar bin Hasin (Perak) - 92.33%
2. Amir Rahman bin Abbas (Negeri Sembilan) - 89.67%
3. Muhammad Hafaz bin Ali (Terengganu) - 86.67%

Qari'ah:
1. Hanizah bt Jalaluddin (Pahang) - 88.37%
2. Nor Azrah bt Ayub (Johor) - 86%
3. Marziah bt Md. Deli (Kedah) - 84.64


Tahniah. JOHAN Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2013, Ustaz Anuar Hasin. Juga merupakan Juara AQ musim kedua (tak silap saya) dan juga merupakan Tutor Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah USIM. Tidak lupa pengacara hebat, Ustaz Hariri Muhammad Daud & saudari Aishah merupakan bekas pelajar USIM. Tahniah! USIM terus maju!

"Pioneering Islamic Science, Spearheading Knowledge"
READ MORE- Keputusan bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 56.

Friday, May 10, 2013

TOK GURU NIK AZIZ




"Syurga bukan untuk orang Melayu. 
Syurga untuk orang-orang BERTAQWA."

- TOK GURU NIK AZIZ



DIA..
ADALAH PEMIMPIN TERBAIK...

READ MORE- TOK GURU NIK AZIZ

SALAM REJAB!


Esok, sabtu ni dah bulan Rejab!

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان
Ya Alllah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kepada kami Ramadhan.

Antara hadis palsu yang direka mengenai bulan-bulan: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H)
(lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).
Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab
(lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

~Dr DR Maza~
READ MORE- SALAM REJAB!

Tuesday, August 14, 2012

OH IBU

Oh Ibu..
besar pengorbanan mu...
wahai anak..
sayangi ibu tuamu.





READ MORE- OH IBU

HAFALAN MAKNA PENTING


READ MORE- HAFALAN MAKNA PENTING

UJIAN TARBIYYAH DARI ALLAH




READ MORE- UJIAN TARBIYYAH DARI ALLAH

Sunday, March 18, 2012

Berita Suami Shahrizat, Nik Aziz terhangat!


KUALA LUMPUR, 18 Mac: Berita suami menteri Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di mahkamah sesyen atas dakwaan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan wang bernilai RM49 juta adalah artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-11.

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibaca kepada beliau dan telah dijamin anaknya dengan jaminan RM500 ribu.

Pada tangga kedua ialah berita mengenai sanjungan yang diberikan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat oleh Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa. Beliau menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu adalah produk istimewa di negeri itu.

Berita pembunuhan kejam dan tragis adik Nurul Nadirah dan ucapan takziah daripada Dewan Pemuda PAS pula menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat ialah bidasan blogger Cenangau terhadap alasan yang diberikan Suruhanjaya Pilihanraya dalam menukar kawasan mengundi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tanpa memberitahu Khalid.

“Kali ni SPR bagi penjelasan yang lebih nak bagi orang penin, konon nak bagi nampak akademik kut.



Kononnya pembetulan sempadan tu pasai nak bagi selaran dengan peta rasmi negara. Kalau ada yang tanya aku, akan lancang mulut aku jawap selaras kepala hotak depa,” bidas Cenangau dalam tulisannya.


Di tangga kelima pula ialah laporan mengenai bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor di mana beliau menyatakan sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 11 hingga 17 Mac, 2012.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

source
READ MORE- Berita Suami Shahrizat, Nik Aziz terhangat!

Saturday, February 18, 2012

Sirah Nabi s.a.w di Gua Hira'

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati para Hakim Yang Arif lagi Bijaksan, Yang dikasihi para hadirin dan hadirat tetamu dewan sekalian. Kisahnya Rasulullah s.a.w tersebar seluruh dunia, Manjadi teladan sepanjang zaman, Beruzlah baginda 6 bulan di Gua Hira', Diangkat menjadi rasul ketika 40 tahun. Nabi Muhammad s.a.w. telah mempunyai kehidupan yang cukup baik terutama selepas mengahwini Siti Khadijah dan dikurniakan putera dan puteri. Namun mengapa Nabi Muhammad lebih memilih berkhulwah di Gua Hira' yang terletak di sebuah bukit yang dikenali dengan Jabal Nur di bahagian sebelah barat laut Makkah. Dikatakan di dalam gua itu hanya boleh memuatkan dua orang sahaja masuk ke dalamnya. Tujuan baginda s.a.w. mengasingkan diri di Gua Hira’ adalah untuk beribadat kepada Allah s.w.t berdasarkan syariat Nabi Ibrahim a.s. iaitu solat, zikir dan lain-lain; baginda ingin mengasingkan diri daripada suasana Jahiliah yang bermaharajalela di Bumi Makkah; dan membersihkan jiwa sambil bertafakur memikirkan kebesaran Ilahi. Nabi Muhammad s.a.w. bersendirian dengan bekalan makanan selama beberapa malam berturut-turut. Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).” (Surah Asy-Syams 91:8-10) Kawan-kawan semua, sirah Nabi berkhulwah dalam gua menjadi panduan kepada kita supaya beruzlah mengasingkan diri daripada maksiat dan kemungkaran yang wujud di dunia. Dan sebagai hambaNya yang taat kita juga mesti mencari waktu untuk beruzlah memikirkan kebesaran Allah. Sesungguhnya apabila Allah ingin mendorong seseorang hamba berdakwah kepada kebaikan dan pengislahan, Dia akan memasukkan ke dalam hatinya, rasa benci kepada kesesatan dan kerosakan yang dilakukan oleh masyarakatnya. Pada suatu hari baginda mendapat mimpi yang benar iaitu ternampak cahaya seperti pancaran sinar yang terang di waktu pagi yang memberi tanda akan datangnya kebaikan. Pada 17 Ramadan tahun 610M, sedang baginda beribadah di gua Hira’ datanglah malaikat Jibril a.s membawa wahyu daripada Allah s.w.t., lalu mengajar baginda membaca. Maka berlakulah dialog antara Nabi Muhammad s.a.w. dan malaikat Jibril a.s. seperti berikut: Jibril: Bacalah! (wahai Muhammad). Muhammad: Saya tidak pandai membaca ! Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad s.a.w. dengan kuat, kemudian melepaskannya dan menyuruh lagi baginda membaca. Jibril a.s. telah mengulangi sebanyak tiga kali tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap menjawab bahawa baginda tidak tahu membaca. Lalu malaikat Jibril a.s membaca ayat 1 hingga 5 dari Surah al-ÂAlaq sebagai ayat-ayat yang pertama diturunkan Tuhan. Lima ayat tersebut bermaksud: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam (menulis,membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq 96: 1-5) Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercita-cita menjawat tugas kenabian dan kerasulan. Apa yang Allah s.w.t ilhamkan kepada Baginda hanyalah rasa cinta untuk berkhulwah melakukan ibadat. Allah mengilhamkan perasaan tersebut sebagai proses pembersihan dan persediaan rohani untuk memikul bebanan risalah. Sekiranya Baginda s.a.w. bercita-cita memperolehi kenabian, nescaya Baginda tidak takut malah bersedia ketika wahyu diturunkan kepadanya, tetapi yang berlaku sebaliknya. Kawan-kawan semua, sebenarnya inilah mesej daripada ALLAH kepada kita, terutamanya kepada pejuang Islam, supaya berilmu. Jangan kita berjuang tanpa ilmu, kerana akan hancur di tengah jalan. Dan sebab itulah yang mula-mula sekali suruhan ALLAH kepada Nabi s.a.w ialah disuruhNya membaca. Walhal Nabi Muhammad itu buta huruf. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud, "Dialah Tuhan yang telah membangkitkan di kalangan umat yang buta huruf seorang Rasul yang tak tahu baca/tulis."...Inilah apa yang ALLAH nak beritahu bahwa keadaan nabi yang ummi atau buta huruf bukanlah menunjukkan kelemahan nabi tetapi sebaliknya untuk menangkis tuduhan liar yang mengatakan bahawa nabi sendiri yang menulis wahyu dengan ilmunya yang ada hasil daripada pengajiannya dengan cendikiawan dan pendeta yahudi atau Kristian.Wahyu yang pertama ini memberi peringatan kepada umat Islam tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang akan menunjukkan secara jelas antara yang benar dan salah. Cara penerimaan wahyu ini menunjukkan bagaimana jalan terbaik dalam menuntut dan menerima ilmu iaitu mesti melalui guru dan juga berhadap serta berjumpa antara murid dan gurunya. Antara usaha mendapatkan ilmu selain melalui kuliyyah dan ceramah, ialah membaca. Sebab itu, kita jangan malas membaca. Kata Said Abul `Ala Mawdudi rahimatullahu ta`ala, "Bagi setiap individu muslim, paling minima masa yang mesti diperuntukan untuk membaca ialah 1 jam."... Rasulullah s.a.w. yang menerima wahyu dalam peristiwa Nuzul al-Quran (turunnya ayat al- Quran ) itu terperanjat dan pulang dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Setelah tiba dirumah, lalu baginda menemui Khadijah binti Khuwailid r.ha, sambil berkata: “Selimutkanlah daku! selimutkanlah daku!”. Baginda s.a.w. lantas diselimutkan sehingga hilang rasa gerun dan takut. Akhirnya, baginda s.a.w. menceritakan kepada Khadijah tentang peristiwa aneh yang berlaku ke atas dirinya, Sebagai isteri yang bijak, Khadijah Khuwailid tidak menunjukkan rasa cemas sebaliknya berusaha menenangkan suaminya. Malah Khadijah percaya seratus peratus pada kenyataan suaminya dan ikut beriman kepada Allah. Lalu Khadijah r.ha berkata: “Demi Allah! Dia tidak akan mengecewakanmu, engkau adalah orang yang sentiasa menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang susah, memenuhi keperluan orang lain, memuliakan tetamu dan menyampaikan amanah kepada yang berhak”. Kata-kata ini memberi semangat baru kepada nabi di mana kita dapat lihat betapa pentingnya peranan isteri dalam menjayakan dakwah suaminya. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadijah merupakan seorang yang telah menjangkau usia 40 tahun namun keadaannya dengan izin Allah bagaikan anak dara berusia 17 tahun. Usia bukan matlamat perkahwinan ini tetapi sifat keibuan dan kematangan yang ada pada Siti Khadijah merupakan aset penting kepada diri Rasulullah s.a.w. Ketenangan Siti Khadijah dalam menghadapi situasi yang mencemaskan ini banyak membantu nabi s.a.w. untuk mengawal situasi yang dihadapi. Kawan-kawan semua, setiap manusia memerlukan pelukan kasih sayang, tanpanya binasalah fitrah manusiawi. Terjadinya permasalahan sosial yang kritikal pada hari ini adalah kerana ramai anak-anak menghadapi tekanan dan tidak mendapat ketenangan jiwa apabila bersama keluarga. Islam menggalakkan hubungan emosi dan dalam satu hadis Rasulullah SAW memberitahu, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari dan Muslim). Oleh yang demikian, perbanyakanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan). Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Rasulullah s.a.w. terus di bawa oleh Khadijah menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah dan penulis kitab Injil dalam bahasa Al- Ibrani lantaran beliau merupakan penganut agama Kristian di zaman Jahiliah. Baginda s.a.w. telah menceritakan peristiwa yang telah baginda alami semasa di gua Hira’. Lantas Waraqah yang ketika itu telah tua dan buta berkata: “Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Sesungguhnya engkau ini adalah nabi untuk umat ini, engkau telah didatangi Namus agung(malaikat Jibril) yang pernah mendatangi Musa dan engkau kelak akan dikatakan berbohong, engkau akan mereka sakiti, akan mereka usir dan mereka perangi”. Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar”. Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah mereka akan mengusirku“. Lalu Waraqah itu menjelaskan: ” Ya! Semua yang membawa tugas seperti yang engkau bawa ini tetap dimusuhi dan diperangi oleh manusia, andainya aku masih hidup pada waktu itu, akan aku bantu engkau seboleh-bolehnya”. Namun, tidak berapa lama setelah itu, Waraqah pun meninggal dunia sebelum sempat menunaikan hajat murninya itu. Kawan-kawan, ini menunjukkan pentingnya merujuk kepada orang yang berilmu untuk kepastian terhadap perkara penting yang berlaku. Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah mendapat kepastian bahawa Baginda adalah Rasul, setelah melihat Jibril a.s. Namun kepastian itu menjadi lebih kuat setelah Waraqah bin Naufal menegaskan perkara itu kepada Baginda s.a.w. Ini menunjukkan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita agar kita tidak sesat dan silap arah pedoman. Kesimpulannya, peristiwa Nuzul al-Quran merupakan satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Nuzul al-Quran ini seterusnya terjadi berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan 610M, ketika usia Nabi Muhamad s.a.w. 40 tahun. Perkataan Al-Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi s.a.w. maka ia memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Penurunan wahyu itu menjelaskan lagi tugas yang perlu dilakukan baginda, iaitu mengajak manusia menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya. Selepas itu, baginda mula berdakwah kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat supaya menyembah Allah. Orang yang mula beriman ialah isterinya, Khadijah, kemudian Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar. Dengan perantaraan sahabat karibnya, Abu Bakar, lebih ramai memeluk Islam, membabitkan Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Abu Ubaidillah bin Jarrah, Arqam bin Abi Arqam, Fatimah binti Khatab dan suaminya, Said bin Zaid al-’Adawi. Mereka bersama beberapa penduduk Makkah yang lain diberikan gelaran ‘as-Sabiquun al-Awwalun’ iaitu golongan pertama memeluk Islam. Dakwah secara rahsia itu selama tiga tahun, kemudian baginda melakukan dakwah secara terbuka. Seruan secara terang-terangan ini menarik perhatian masyarakat, sehingga ramai memeluk Islam. Jika dakwah islah merupakan satu perkara yang janggal kepada kepercayaan dan mentaliti kebanyakan orang ramai, pendakwah tidak perlu menyampaikannya secara lantang. Dia perlu menangguh langkah dakwah secara terang-terangan sehinggalah sebahagian manusia telah mengimani dakwah tersebut dan sanggup berkorban apa sahaja demi jalan dakwah. Langkah ini dilakukan supaya jika pelopor dakwah ditentang hebat, para pengikut yang beriman dengan dakwahnya akan bangkit melakukan kewajipan dakwah (menggantikan beliau). Dengan itu, kesinambungan dakwah akan terjamin.
READ MORE- Sirah Nabi s.a.w di Gua Hira'

Derhaka Pada Mertua

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendini. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?" "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Tuan Ibrahim juga menjelaskan, kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah,kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari,Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isteninya pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isteninya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. "Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita ya berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain." Tuan Ibrahim berpesan, "Ibu-ibu tolong maafkan anak-anak dan doakan keselamatan mereka. Memang anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata,itu ujian Tuhan. Berdoalah kepada Allah semoga bila usia anak meningkat perangainya berubah: "Jika masih tidak berubah, berdoa lagi moga-moga berubah selepas kahwin.Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal tulislah wasiat kepada anak-anak.Tolong jangan tinggal sembahyang dan jadilah anak yang soleh. Ibu-ibu juga amalkan surah Toha ayat satu hingga enam kerana ia mujarab melembutkan hati anak-anak."
READ MORE- Derhaka Pada Mertua

TAK DA APA APA SEORANG IBU


 Di sebalik tidak ada apa-apa. Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cubadapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check" katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada apa-apa". "Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini" Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab, "Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya menghadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama". "Sabri tahu Sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau. Airmata sudah membasahi pipi". "Tak ada apa-apa" tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang" Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa. Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya.Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang. Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat. Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. "Sabri, bulan depan telefon saya" Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon. "Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya" Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selama ini. "Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'orang tua bodoh, tak ada otak!'.." Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.  Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul. "..dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibubapa..sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong  dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36 "And not equal are the blind and those who see, nor are equal those who believe, and do righteous good deeds, and those who do evil. Little do you remember! Quran(24:58).."

  
READ MORE- TAK DA APA APA SEORANG IBU

WANITA ITU..

WANITA ITU..

ayuh khatam Quranul Kareem

ayuh khatam Quranul Kareem

~Allahu Akhbar~