CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

(>_-)

~sayang dia~

Blog Archive

~ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

. : :Ahlan Wasahlan Wa marhaban bikum : : .

Alhamdulillah syukur padamu illahi...kerana memberi ku ruang dan rasa cinta untuk mengilham ruang muhasabah, mentarbiah juga membina cita-cita dalam menuju anjakan paradigma dan membina sahsiah diri yang berpotensi dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa didunia dan akhirat~insyaallah~


Allah.....semoga ruang ini adalah jalan kami menuju keinsafan jua peringatan pada diri hamba dan sahabat tersayang di dunia akhirat...


Sunday, March 18, 2012

Berita Suami Shahrizat, Nik Aziz terhangat!


KUALA LUMPUR, 18 Mac: Berita suami menteri Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di mahkamah sesyen atas dakwaan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan wang bernilai RM49 juta adalah artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-11.

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibaca kepada beliau dan telah dijamin anaknya dengan jaminan RM500 ribu.

Pada tangga kedua ialah berita mengenai sanjungan yang diberikan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat oleh Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa. Beliau menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu adalah produk istimewa di negeri itu.

Berita pembunuhan kejam dan tragis adik Nurul Nadirah dan ucapan takziah daripada Dewan Pemuda PAS pula menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat ialah bidasan blogger Cenangau terhadap alasan yang diberikan Suruhanjaya Pilihanraya dalam menukar kawasan mengundi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tanpa memberitahu Khalid.

“Kali ni SPR bagi penjelasan yang lebih nak bagi orang penin, konon nak bagi nampak akademik kut.



Kononnya pembetulan sempadan tu pasai nak bagi selaran dengan peta rasmi negara. Kalau ada yang tanya aku, akan lancang mulut aku jawap selaras kepala hotak depa,” bidas Cenangau dalam tulisannya.


Di tangga kelima pula ialah laporan mengenai bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor di mana beliau menyatakan sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 11 hingga 17 Mac, 2012.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

source

0 ulasan:

WANITA ITU..

WANITA ITU..

ayuh khatam Quranul Kareem

ayuh khatam Quranul Kareem

~Allahu Akhbar~