CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

(>_-)

~sayang dia~

Blog Archive

~ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

. : :Ahlan Wasahlan Wa marhaban bikum : : .

Alhamdulillah syukur padamu illahi...kerana memberi ku ruang dan rasa cinta untuk mengilham ruang muhasabah, mentarbiah juga membina cita-cita dalam menuju anjakan paradigma dan membina sahsiah diri yang berpotensi dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa didunia dan akhirat~insyaallah~


Allah.....semoga ruang ini adalah jalan kami menuju keinsafan jua peringatan pada diri hamba dan sahabat tersayang di dunia akhirat...


Showing posts with label bicara : SIHAT. Show all posts
Showing posts with label bicara : SIHAT. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

Subhanallah.. Hebatnya Farmasi Allah

 Subhanallah
Hebat nya kuasa Allah 
Setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.



Lobak Merah

Hirisan lobak merah tidak ubah seperti mata manusia dimana terdapatnya anak mata, iris dan garisan memancar. Sains membuktikan bahawa lobak merah dapat meningkatkan aliran darah dan fungsi mata.

*****************


Tomato

 Tomato mempunyai 4 ruang dan berwarna merah. Ianya tidak ubah seperti jantung manusia. Tomato kaya dengan Lycopine dan makanan asli yang anat diperlukan oleh hati dan jantung. Tomato baik dalam membekalkan darah ke jantung.

************



Anggur

Anggur tergantung dalam gugusan yang berumpun-rumpun seperti hati. Setiap anggur umpama sel darah. Anggur merupakan makanan pembekal darah dan mencergaskan hati.

***********


Walnut

Sebiji walnut menyerupai bahagian otak. Sebelah kiri dan sebelah kanan serebrum atas atau otot besar. Kedutan atau penglipatan pada kekacang juga sama seperti terdapat pada otak. Walnut membantu membentuk lebih dari 3 dozen pancaran neuron untuk fungsi otak.

**********



Kacang Ginjal

Kacang Ginjal menyembuhkan dan membantu mengekalkan fungsi buah pinggang/ginjal dan kelihatan seperti buah pinggang/ ginjal manusia.

**********

Daun Saderi

Juga dipanggil Bok Choy, Rhubarb. Ianya kelihatan seperti tulang. Daun saderi membekalkan 23% Natrium yang di perlukan untuk menggantikan keperluan rangka tubuh. Tulang manusia terdiri dari 23% Natrium. Sekiranya tidak cukup natrium dalam diet maka tubuh akan mengambil natrium daripada tulang dan menyebabkan badan manusia lemah. Daun saderi secara tidak langsung  mengisi keperluan skeletal untuk tubuh.

*************


Buah Ara

Buah ara penuh dengan biji dan tergantung berpasangan ketika tumbuh. Buah ara meningkatkan  dan menambahkan pergerakan sperma lelaki dan meningkatkan bilangan sel sperma dan mengatasi masalah kemandulan di kalangan lelaki.

*************


Keledek

Ubi keledek kelihatan seperti pancreas. 
Buah ini membantu mengseimbangkan indeks glisemia pesakit diabetes.


****************

Bawang

Bawang menyerupai  sel-sel tubuh. Bawang dapat membantu membuang dan membersihkan bahan -bahan yang tidak diperlukan oleh seluruh sel  tubuh. Bawang juga membantu menghasilkan air mata yang mencuci lapisan epitelium mata.


**************

Buah Zaitun

Buah Zaitun membantu fungsi kesihatan dan fungsi ovari.

***********


 Anggur, buah Oren dan buah Sitrus 

Anggur buah Oren dan buat Sitrus kelihatan seperti kelenjar susu dan membantu kesihatan payudara serta pergerakan keluar masuk limfa dari payudara. 


READ MORE- Subhanallah.. Hebatnya Farmasi Allah

Monday, October 4, 2010

Sakit Mental: Ancaman Masyarakat Moden

Sakit Mental: Ancaman Masyarakat Moden

iluvislam

Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.

Daripada data yang diperoleh, sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia.

Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja.

Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental.

Fakta

Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua.

Bagi kanak-kanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah dan hiperaktif juga termasuk dalam golongan mereka yang mengalami gangguan mental.

Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami kemurungan.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis.

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata.

Antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif. Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis.

Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita.

Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini.

Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.

Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.

Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian.

Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang.

Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya masalah mental.

Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor genetik dan keturunan.

Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

Terdapat kajian yang menunjukkan kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut berbanding 1:10 dalam masyarakat umum.

Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara berlebihan menyebabkan masalah skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan masalah kemurungan.

Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan berlaku. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosioekonomi yang rendah.

Selain itu, bagi tujuan rawatan pula terdapat beberapa jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan segera seperti neurosis, penyakit mental organik seperti nyanyuk, gangguan personaliti, autism, hiperaktif, ketagihan dadah dan cubaan membunuh diri.

Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif.

01.Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.

02.Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental.

Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.

01.Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

02.Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.

Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah mental sebagai satu ancaman kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes amuk, bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah mental.

Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian.

Masyarakat tidak didedahkan secara sepenuhnya mengenai penyakit mental ini. Masyarakat hanya memandang pesakit mental adalah orang 'gila'.

Tetapi jika diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai pengetahuan mengenai masalah mental sahaja yang dapat menerima serta membantu para pesakit mental.

Peranan masyarakat dalam penerimaan golongan ini hanya boleh dicapai apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit mental secara umum.

Mungkin pendedahan ini boleh diberikan di peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan medium terbaik dalam penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan masyarakat.

Pesakit mental tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat kerana mereka yang mengalami masalah mental mempunyai peluang untuk pulih semula dan menjadi sebahagian daripada masyarakat.

Mereka sepatutnya diberi perhatian kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental.

Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka.

Oleh itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan memberikan sokongan-sokongan yang diperlukan agar mereka tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat.

READ MORE- Sakit Mental: Ancaman Masyarakat Moden

WANITA ITU..

WANITA ITU..

ayuh khatam Quranul Kareem

ayuh khatam Quranul Kareem

~Allahu Akhbar~