CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

(>_-)

~sayang dia~

Blog Archive

~ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

. : :Ahlan Wasahlan Wa marhaban bikum : : .

Alhamdulillah syukur padamu illahi...kerana memberi ku ruang dan rasa cinta untuk mengilham ruang muhasabah, mentarbiah juga membina cita-cita dalam menuju anjakan paradigma dan membina sahsiah diri yang berpotensi dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa didunia dan akhirat~insyaallah~


Allah.....semoga ruang ini adalah jalan kami menuju keinsafan jua peringatan pada diri hamba dan sahabat tersayang di dunia akhirat...


Showing posts with label bicara : ISSUES. Show all posts
Showing posts with label bicara : ISSUES. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Keputusan bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 56.


Selepas 3hari, inilah Keputusan bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 56.

Qari:
1. Anuar bin Hasin (Perak) - 92.33%
2. Amir Rahman bin Abbas (Negeri Sembilan) - 89.67%
3. Muhammad Hafaz bin Ali (Terengganu) - 86.67%

Qari'ah:
1. Hanizah bt Jalaluddin (Pahang) - 88.37%
2. Nor Azrah bt Ayub (Johor) - 86%
3. Marziah bt Md. Deli (Kedah) - 84.64


Tahniah. JOHAN Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2013, Ustaz Anuar Hasin. Juga merupakan Juara AQ musim kedua (tak silap saya) dan juga merupakan Tutor Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah USIM. Tidak lupa pengacara hebat, Ustaz Hariri Muhammad Daud & saudari Aishah merupakan bekas pelajar USIM. Tahniah! USIM terus maju!

"Pioneering Islamic Science, Spearheading Knowledge"
READ MORE- Keputusan bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 56.

Sunday, March 18, 2012

Berita Suami Shahrizat, Nik Aziz terhangat!


KUALA LUMPUR, 18 Mac: Berita suami menteri Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di mahkamah sesyen atas dakwaan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan wang bernilai RM49 juta adalah artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-11.

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibaca kepada beliau dan telah dijamin anaknya dengan jaminan RM500 ribu.

Pada tangga kedua ialah berita mengenai sanjungan yang diberikan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat oleh Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa. Beliau menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu adalah produk istimewa di negeri itu.

Berita pembunuhan kejam dan tragis adik Nurul Nadirah dan ucapan takziah daripada Dewan Pemuda PAS pula menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat ialah bidasan blogger Cenangau terhadap alasan yang diberikan Suruhanjaya Pilihanraya dalam menukar kawasan mengundi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tanpa memberitahu Khalid.

“Kali ni SPR bagi penjelasan yang lebih nak bagi orang penin, konon nak bagi nampak akademik kut.



Kononnya pembetulan sempadan tu pasai nak bagi selaran dengan peta rasmi negara. Kalau ada yang tanya aku, akan lancang mulut aku jawap selaras kepala hotak depa,” bidas Cenangau dalam tulisannya.


Di tangga kelima pula ialah laporan mengenai bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor di mana beliau menyatakan sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 11 hingga 17 Mac, 2012.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

source
READ MORE- Berita Suami Shahrizat, Nik Aziz terhangat!

Wednesday, September 28, 2011


KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA HARI INI : Aduhai Utusan Malaysia, akhbar yang mengaku membela Melayu dan Islam.. Sedarkah apa yang anda lakukan? Di mana batasan anda bermain politik sehingga perkara yang jelas nasnya di dalam al-Quran pun anda ingin permainkan??

Wahai umat Islam... wahai PERKASA... wahai para mufti... wahai NGO Melayu/Islam.. wahai para ulama dan ulama muda UMNO... tidak jelaskah ini sebagai menghina perundangan Islam?
READ MORE-

Sunday, April 10, 2011

"The Door to Hell"

READ MORE- "The Door to Hell"

Thursday, March 31, 2011

tsunami kesennuma.flv

READ MORE- tsunami kesennuma.flv

tsunami kesennuma.flv

READ MORE- tsunami kesennuma.flv

Sunday, March 27, 2011

Tuduhan Zina & Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ?

Tuduhan Zina & Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ?

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walaupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :

Beraqal

Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

Beraqal

Baligh

Islam

Merdeka diri

BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes Al-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

TAMBAHAN

Isu-isu semasa di Malaysia masih lagi sempat diikuti, terasa juga ingin menulis panjang beberapa isu seperti tidak setujunya saya dengan pandangan bekas Mufti Perlis dalam isu liwat dan saksi, namun beberapa perkara yang masih serabut di sini menghalang saya dari meluangkan waktu untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar buat masa ini.

S.S Dr Mufti Perlis ( sekarang bekas) dinyatakan berkata :-

"Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri.

"Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?

"Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim," katanya lagi." ( Sumber )

Tidak mengulas panjang isu ini, saya hanya ingin memberikan ringkasan pendapat saya dalam isu ini. Bagi mereka yang rajin membaca terperinci, bolehlah merujuk tulisan saya yang lalu di link berikut

Sesiapa sahaja yang menuduh dirogol atau diliwat oleh orang tertentu, ia wajib membawakan empat saksi. Ramai menyoal, dimanakah rasionalnya seseorang dirogol atau diliwat kemudiannya dituntut membawa empat saksi lelaki adil jika ingin mendakwa si penjenayah?. Jika tiada saksi apakah adil untuk di hukum sebatan si pendakwa kerana qazaf?.

NOTA : cuba dengarkan ulasan ringkas saya dalam hal ini di video ini bermula minit 6:57.

Akibatnya, ramai tersilap faham lalu terbayang ‘zalim'nya hukum Islam. Padahal ia tidak sedemikian. Hakikatnya, sistem Islam menjaga kedua-dua belah pihak, penuduh dan yang dituduh.

Padahal isunya adalah sistem kita yang lemah dalam menjaga perkara yang perlu dirahsiakan. Hasil perbincangan saya dengan Mufti Besar Mesir (Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah) pada tahun 2004 dalam hal ini amat jelas. Malah saya turut membincangkan hal yang sama dengan professor-professor Shariah di Jordan seperti Prof. Dr Sheikh Mohammad ‘Uqlah El-Ibrahim dan lain-lain. Ia juga pernah diulas sebahagiannya oleh Sheikh Prof. Dr Ramadhan Al-Buti.

Kesimpulannya, begini :-

1- Seseorang yang mendakwa diri diliwat dan dirogol tetap diTUNTUT membawakan empat saksi lelaki adil yang melihat dengan jelas akan apa yang didakwa. Ia hukum asal. Tuduhan dari pihak ketiga atau pihak yang mendakwa menjadi mangsa adalah sama sahaja. Sebagaimana ulama bersepakat, seorang bapa menafikan nasab keturunan anak yang dilahirkan oleh isterinya sebagai menuduh isterinya berzina. Cara penyelesaian khusus diberikan oleh Islam dalam hal ini adalah Li'an. Inilah cara yang dipersetujui oleh Mufti Perlis mungkin berdasarkan kaedah qiyas.

2- Jika tidak mempunyai saksi lelaki yang cukup, terdapat ulama yang membenarkan saksi wanita yang adil untuk diterima iaitu jika kejadian berlaku di tempat yang tidak memungkinkan ada lelaki. Tatkala itu saksi wanita diterima dengan kiraan 2 wanita menyamai 1 lelaki. (rujuk link artikel di atas untuk membaca lanjut)

3- Jika masih tiada saksi maka si ‘mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan. Inilah yang dikatakan sistem yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar ke media terutamanya apabila membabitkan selebriti dan orang politik.

4- Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan disertakan ‘qarain' atau bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang boleh membantu dakwaan. Ia akan dibicarakan di mahkamah dan hukuman qazaf TIDAK DIKENAKAN kerana Maqasid dari hukuman Qazf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercemar di mata awam. Namun apabila ia dibuat secara tertutup, TIADA KEMUSNAHAN MARUAH tertuduh berlaku lalu inilah yang ingin dielakkan oleh Islam, iaitu kemusanahan maruah tanpa saksi yang cukup. Dalam keadaan ini, kerosakan maruah mereka yang didakwa ‘merogol atau meliwat‘ akan terkawal dan proses perbicaraan akan menentukan tindakan selanjutnya.

5- Bukti diberikan dianalisa, kemudian jika terbukti benar dakwaannya, perogol dan peliwat akan dihukum ta'zir dan bukan hudud kerana terdapatnya unsur syubhat dalam cara pensabitannya. Justeru, perogol dan peliwat akan dihukum sewajarnya smenurut hemat dan kebijaksanaan hakim Syarie. Jika pengadu tewas di mahkamah, hukuman qazaf juga tidak dilaksanakan kerana dakwaan tertutup dan syubhah dalam pensabitan hukuman qazaf. Justeru, tiada siapa yang terzalim dalam hal ini.

6- Perlu difahami hujjah mereka yang mengatakan zalim hukum jika dihukum qazaf mesti ditimbang sewajarnya antara hak individu yang dituduh dan menuduh. Ada pihak seolah membelakangkan hak mereka yang DITUDUH lalu terlalu melebihkan hak yang menjadi ‘mangsa', kononnya perlu dikasihani. Bagaimana jika tuduhan itu palsu, bukankah yang DITUDUH juga perlu pembelaan Islam. Perlu diingat, dengan mudah seorang wanita tiba-tiba mengaku dirogol oleh seorang Mufti atau Imam Besar tanpa sebarang saksi. Kemudian, dengan mudah boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah dan bermubahalah semata-mata?. Mungkin ia belum tentu sesuai pada masanya.

7- Justeru, Islam menjaga kedua-dua belah pihak yang menuduh dan tertuduh, kerana itu sesiapa yang ingin mendakwa dirogol atau diliwat mesti empat saksi atau jika tidak, WAJIB membuat laporan secara tertutup dan kerajaan WAJIB pula menjaga dakwaan dari tersebar.

Itulah ulasan ringkas saya buat masa ini. Saya juga tidak sempat membawakan rujukan kitab dan lain-lain hujjah. Mengulas isu ini perlu lebih bertenang dan perbincangan dengan para ilmuan lain agar tidak tersilap mengulas, terutamanya dari seisapa sahaja yang berlatarbelakangkan agama.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

29 Jun 2008
READ MORE- Tuduhan Zina & Liwat : Boleh Percaya Atau Tidak ?

Kahwin campur di Kelantan meningkat

Kahwin campur di Kelantan meningkat

KOTA BHARU- Perkahwinan campur di kalangan rakyat negeri ini dengan warganegara asing didapati meningkat dari setahun ke setahun.

Penolong Pengarah Kanan Dakwah Ukhwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Rohani Kadir, berkata, sehingga Mac ini, jumlah peserta saudara baru (mualaf) yang mengikuti kelas dan kursus anjuran JHEAIK adalah seramai 150 orang.

“Jumlah ini jika berbanding tahun sebelumnya, ia meningkat dan memang tidak dinafikan setiap masa ada saudara baru yang memeluk Islam.

“Perkahwinan campur di negeri ini terkawal dan kebanyakan mereka bahagia bersama ahli keluarga asal dan anak-anak dengan bekerja di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas Seminar Keluarga Bahagia ‘Kahwin Antara Bangsa, Bahagia Semakin Terasa’ Saudara Kita di Balai Islam, Lundang, di sini, semalam.

Beliau berkata, sebaik sahaja saudara baru tersebut mendaftar dengan JAHEAIK memaklumkan mereka memeluk agama Islam, pihaknya mengalu-alukan saudara baru berkenaan untuk menghadiri kelas fardu ain, kursus dan seminar.

Menurutnya, setiap pagi hingga tengah hari Jumaat pada hujung minggu, JAHEAIK menganjurkan kelas fardu ain yang membolehkan saudara baru mempelajari al-Quran.

“Kelas al-Quran ini meliputi tiga tahap termasuk kelas Iqra’, Muqqadam (Juz Amma) dan al-Quran 30 Juzuk dengan memberi fokus terhadap Tajwid.

“Selain itu, pihak kami menyediakan kelas khatam al-Quran kepada saudara baru yang mampu menamatkan pengajian al-Quran,” katanya.

Rohani berkata, boleh dikatakan kesemua mereka yang berkahwin campur terdiri daripada kalangan warga negara termasuk Thailand, Indonesia, Ghana, Mynmar dan Laos.

Katanya, bagi pasangan yang menghadapi masalah dalam rumah tangga, JHEIK cuba menyelesaikan masalah berkenaan melalui kaunseling bagi mengelak sebarang penceraian.
READ MORE- Kahwin campur di Kelantan meningkat

Malaysian PM's wife: Japan's earthquake due to negligence

iReport —

Wife of Malaysian Prime Minister, Datin Seri Rosmah Mansor said this when asked to comment on Japan's quake-tsunami disaster.

“Japan's earthquake and tsunami is a result of negligence in conducting environmental-friendly developments.

"To me, this is a lesson to other countries, that in everything they do or in whatever development they plan, they should study the surrounding environment and connect it with climate change and green technology," she told private news channel Astro Awani.

A video clip of Rosmah airing her view instantly became a hit among internet users, circulating in sites such as Twitter and Facebook, and being met with sarcastic comments from viewers.

The clip (in Malay language) can be viewed on

http://www.youtube.com/watch?v=zuMLtycp_0I


http://ireport.cnn.com/docs/DOC-571969
READ MORE- Malaysian PM's wife: Japan's earthquake due to negligence

Friday, March 11, 2011

KES GADAFFI

Berita terbaru dari libya. Baca kat bawah neh. Sedikit petikan yang aku amek ;


Beberapa point penting ;

1. Isteri gaddafi, anak perempuan nya dan menantu nya telah keluar dari libya menuju ke vieena melalui jalan udara [penerbangan]

2. Mereka ke sana pada hari sabtu [hari neh sabtu bagi mereka, ahad bagi kita] sebelum terlambat untuk berbuat demikian pada masa akan datang.

3. Di anggarkan lebih kurang 14 ahli keluarga gaddafi menyertai rombongan melarikan diri tersebut.

4. Protes di libya telah merebak sehingga ke pusat bandar di tripoli yang juga kubu kuat gaddafi.

5. Empat anak gaddafi iaitu Saif al-Islam, Al-Saadi, al-Mutassim dan Khamis menyertai pasukan keselamatan di barat tripoli untuk memerangi kemaraan pejuang revolusi anak muda.


6. Anak kelima gaddafi iaitu saif-al-arab pula berpaling tadah daripada bapanya dengan menyertai revolusi anak muda di gaddafi. Dalam erti kata lain, anak dia berada di posisi rakyat.


7. Di anggarkan sudah 2,000 rakyat libya terkorban dalam perjalanan untuk menuntut sebuah keadilan.


8. Gaddafi juga telah mengupah 500 ratus ribu tentera upahan untuk memerangi revolusi di libya.


9. Penganalisis politik mengatakan tidak mudah untuk mendesak gaddafi berundur dari libya. Gaddafi sanggup menggunakan kekerasan dan membunuh rakyat sendiri demi kuasa. Revolusi di libya akan melalui jalan yang getir. Apatah lagi rakyat libya dibunuh dengan sesuka ahti oleh tentera upahan di libya.


10. Penganalisis politik juga mengatakan bahawa gaddafi mungkin akan turun taktha pemerintahan setelah dibunuh oleh individu yang terdekat dengannya.

Untuk baca lanjut mengenai petikan printscreen di atas, sila klik sini.

Apa tawaran menarik dari pizza hut untuk anda?
Kempen gaya hidup sihat.. anda berminat?

Ameno : Pemimpin apa sampai bunuh rakyat sendiri demi kuasa?


http://amenoworld.blogspot.com/
READ MORE- KES GADAFFI

Tuesday, February 15, 2011

Dua Orang Wira Muda Dalam Revolusi Mesir

Revolusi di Mesir yang berjaya menurunkan Hosni Mubarak mencatat sejarah baru bagi negara tersebut, iaitu munculnya tokoh-tokoh muda. Mereka menjadi inspirasi bagi rakyat untuk tetap turun ke jalan dalam hampir tiga minggu untuk menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur, meskipun sempat disabotaj pemerintah dengan menutup saluran internet dan handphone serta diserang oleh polis preman pro Mubarak.

Tokoh-tokoh baru itu bukanlah mereka yang sudah terkenal, seperti Ikhwanul Muslimin, kumpulan pemberontak popular yang keberadaannya dilarang oleh rejim Mubarak, dan bukan pula Mohamed ElBaradei – peraih Nobel Perdamaian yang aktif memimpin lembaga Anti-Nuklear PBB.

Sumber inspirasi yang dimaksud adalah mereka yang, sebelum pergolakan ini dimulakan, tidak dikenali oleh rakyat Mesir. Dua tokoh muda tersebut adalah Khaled Said dan Wael Ghonim.

Bagi kaum muda Mesir, Said menjadi mentor bagi gerakan pro demokrasi setelah mati ditangan polis, dan Ghonim dianggap wira dikalangan pendemontrasi setelah ditahan polis selama 11 hari.

Sebelum ditangkap polis, Ghonim bergerak ‘underground’ sebagai aktivi internet. Pemuda berusia 30 tahun itu menjadi salah satu enjin penggerak massa melalui internet untuk turun ke jalan dengan mengelola sejumlah group akaun di laman jejaring sosial Facebook.

“Ini adalah revolusi kaum muda di internet dan kini merupakan revolusi bagi semua rakyat Mesir,” kata Ghonim kepada pejabat berita Associated Press. Salah satu group Facebook yang dikelola Ghonim itu bernama “We are All Khaled Said.” Nama group itu diinspirasi dari seorang pemuda bernama Khaled Said.

Menariknya, Ghonim dan kalangan muda lainnya melihat Said sebagai motivator mereka untuk berontak melawan regim Mubarak, yang berkuasa sejak 1981. Pemimpin berusia 82 tahun itu, bagi Ghonim dan kaum muda di Mesir, memandang sebelah mata hak-hak demokrasi mereka.

Said menjadi korban kebrutalan rezim Mubarak. Lelaki berusia 28 tahun itu maut pada Jun tahun lalu tanpa alasan yang jelas, disiksa sejumlah polis berpakaian preman di sebuah cyber cafe di Kota Iskandariah.

Padahal Said adalah sebagian dari masa depan Mesir. Menurut media Almasry Alyoum, Said dikabarkan pernah belajar di Amerika Syarikat dalam program sistem komputer.

Muncul gambar Said dalam keadaan sudah tidak bernyawa namun dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Itulah sebabnya kematian Said di tangan polis tidak boleh diterima para pemuda seperti Ghonim.

Maka, Ghonim pun rela mempertaruhkan kerjayanya sebagai salah seorang eksekutif di syarikat internet terbesar di dunia, Google Inc., untuk turut bergerak menentang regim Mubarak. Ghonim sejak Januari 2010 bekerja sebagai seorang Pengurus Pemasaran Google untuk kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara.

Dia sebenarnya hidup mewah dengan pekerjaannya di Dubai. Namun, kesenangannya itu dia tinggalkan selama beberapa minggu. Menurut stesyen berita BBC, Ghonim berjaya memujuk Google untuk membenarkan dia bercuti untuk pulang ke kampung halamannya di Mesir karena “urusan peribadi.” Sebenarnya dia mengikut gerakan ‘underground’ anti Mubarak.

Namun, pada 27 Januari 2011, Ghonim dilaporkan hilang semasa situasi di Mesir akibat gelombang demonstrasi mulai panas. Akhirnya muncul laporan bahwa Ghonim ditahan polis Kairo setelah diketahui terlibat dalam gerakan anti Mubarak melalui internet.

Lelaki yang mempunyai dua orang anak itu ditahan selama 11 hari.Hasil dari desakan dari sejumlah pihak, termasuk dari lembaga Amnesty International, Ghonim akhirnya dibebaskan pada 7 Februari 2011.

Dalam wawancara dengan Dream 2 TV, Ghonim mengaku mendapat layanan yang baik dari pihak polis sepanjang penahanannya. Namun, dia pelik kerana pihak polis menyebut dia sebagai pengkhianat.

“Siapapun yang punya maksud baik akan dicap pengkhianat kerana menjadi jahat sudah merupakan perkara biasa. Kalau saya pengkhianat, tentu saya sudah bersenang-lenang di vila saya di Dubai sambil mencari wang yang banyak dan berkata seperti yang lain, ‘Biarkan negara ini [Mesir] jadi neraka.’ Namun, kami bukan pengkhianat,” kata Ghonim.

Di penjara berhari-hari tidak membuat Ghonim lemah. Menurut harian LA Times, tidak lama setelah bebas, Ghonim bukannya pulang ke Dubai tapi terus kembali turun ke jalan. Dia juga kembali aktif di Twitter. “Kebebasan adalah sebuah berkah dan kita perlu untuk memperjuangkannya.” kata Ghonim di salah satu tweet-nya.

Ghonim juga merupakan penyokong setia tokoh pembangkang Mesir pemenang Nobel, Mohammad ElBaradai. Ghonim bergabung secara sukarela dengan ElBaradei, sebulan sebelum bekas Ketua Badan Energi Atom International (IAEC) itu kembali ke Mesir.

Menurut Ziad Al-Alimi, asisten senior ElBaradai, Ghonim sempat membantu membuatkan ElBaradai laman web rasmi www.7amla.net. Dia juga membuat laman rasmi ElBaradei di Facebook.

Aksi gigih dan pengorbanan Ghonim, yang terinspirasi oleh kematian tragis Said, membangkitkan kesedaran banyak orang di Mesir. Tak hanya kaum muda, namun juga warga-warga yang sudah berusia seperti Afaf Naged, bekas lembaga pengarah Bank Nasional Mesir. Mereka pun turun ke jalan menuntut Mubarak segera turun dari kekuasaan.

“Saya juga datang kemari karena Wael Ghonim. Dia benar ketika mengatakan parti Mubarak, NDP (Partai Demokratik Nasional) telah tamat. Tidak ada lagi parti, namun mereka tidak mahu mengakuinya,” kata Naged seperti dikutip stesyen berita Al Jazeera.

Seorang perempuan bernama Fifi Shawqi juga baru kali pertama ikut berdemo. Dia membawa serta ketiga anaknya dalam demonstrasi di Dataran Tahrir pada 8 Februari 2011.

Shawqi juga mengaku tergerak oleh pernyataan Ghonim selepas dia keluar dari penjara. Masa itu, Ghonim menyatakan sedih atas korban tewas dan dia mengatakan cinta Mesir.

“Saya menangis. Saya merasa dia dan semua pemuda di sini seperti anak saya sendiri,” ujar Shawqi. Dalam aksi itu, Ghonim sempat berucap di hadapan puluhan ribu demontrasi di Dataran Tahrir. Pidato ini langsung mendapatkan respon positif dan membakar semangat para demonstrasi.

Namun, Ghonim tidak mahu disebut wira.

“Tolong jangan sebut saya sebagai wira. Saya bukan wira, saya selama 12 hari terakhir ini hanya tidur. Wira sebenar adalah mereka yang turun ke jalan. Jadi, arahkan kamera anda kepada orang yang tepat,” kata Ghonim.


source: http://www.isuhangat.net/
READ MORE- Dua Orang Wira Muda Dalam Revolusi Mesir

Tuesday, February 1, 2011

realiti hidup malam amat menakutkan

entri ni ambo terjumpe mse duk belek2 we gua.com...huhuu pengalaman yang thriller kot...


Lama tidak bersua dalam ‘Bila Malam Menjelma’.

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman seorang rakan. Berlaku pantas tetapi penuh makna.

Akibat ke tandas terlalu lama, dia ketinggalan bas untuk pulang ke rumahnya. Waktu itu jam 12 malam. Teksi? Dalam poketnya cuma ada RM4. Dalam dompetnya hanya berbaki RM5. Duit syiling adalah sikit-sikit dalam beg galas. Hujung bulan, wang pun menyusut. Tiga hari lagi baru gaji masuk.

Alternatifnya, terpaksalah cuba-cuba bermalam di masjid. Mungkin ada masjid yang tidak berkunci. Terpaksalah kunci masjid, nanti pencuri masuk. Manusia, masjid pun ada yang berani curi barang.

Dalam perjalanan ke masjid, dia bertembung dengan ‘ mat gian’ macam tengkorak hidup dan berbau busuk minta duit. Cepat-cepat dia lari. Kasihannya tengok budak-budak muda rosak jadi penagih. Air liur meleleh dari mulut yang kehitaman. Berdegup jantungnya. Manalah tahu kena tikam dengan mat gian tu. Yelah, orang macam tu mana fikir apa dah.

Dia terpaksa ke tandas sebentar. Bukan untuk buang air tetapi melarikan diri dari mat gian tu. Dalam tandas, ada orang menangis sambil kelar tangannya dengan pisau kecil. Gila ke apa? Terus dia lari...

Bila lari, terus lintas jalan. Nasib baik tak kena langgar dengan mat rempit satu kumpulan. Laju macam pelesit.

Akhirnya sampai di satu lorong. Dia dahaga. Nak singgah beli air. Ada seorang awek berada di kaunter nak bayar. Apa dia beli? Arak! Rasanya balak dia tunggu dalam kereta di luar...

Selepas beli air mineral yang paling murah, dia keluar.

Ada orang tahan dia. Tepuk-tepuk bahu macam dah kenal lama.

Orang tu tanya, "Mau amoi? Macam–macam jenis ada? U cakap saja..."

Budak baik macam dia mana layan amoi-amoi semua. Huh, kecur perut dia bila pertama kali dalam hidup orang tawar khidmat pelacur...

Terus dia minta diri cara baik. Dia cakap terus terang. Tak ada duit! Mamat tadi maki hamun dia sebab tak jadi ambik amoi...

Jam sudah 3:20 pagi...

Dia terlelap di stesen bas.

Bangun-bangun, jam 6:40 pagi. Sempat juga dia lelap walaupun tidur-tidur ayam.

Apa jadi? Beg dia yang ada stokin busuk dan roti yang tak habis makan dah kena curi. Hishhh... bukan ada apa dalam beg tu. Paling mahal pun, CD kumpulan Raihan. Hmm... Semoga pencuri tu insaf.

Dalam keadaan pening-pening lalat dan geram, dia terus menaiki bas pertama balik ke rumahnya. Terpaksa ambil MC.

Sampai di rumah dia terus tidur dan... demam seminggu.

Kerana dua, tiga minit lewat dalam tandas dan terlepas bas, dia alami trauma di satu malam penuh luka di ibu kota...

Kalau anda di tempatnya?

READ MORE- realiti hidup malam amat menakutkan

Monday, January 31, 2011

dunia mesir sekarang...Allahu Robbi lindungi kami...

READ MORE- dunia mesir sekarang...Allahu Robbi lindungi kami...

Friday, November 26, 2010

Nik Aziz says ready to join UMNO if...

Harakahdaily

KOTA BHARU, Oct 1: PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat said he would throw in the towel and join UMNO should the latter discard its nationalist identity and make Islam its ideology.

“The day UMNO does that, I will dissolve PAS on the same day and fight for Islam together with UMNO,” said the Kelantan Menteri Besar.

Nik Aziz had prior to this made similar statements, advising UMNO leaders to either dissolve their party to join PAS, or UMNO to abandon its racial ideology so that PAS would have no reason to continue.

Nik Aziz however said UMNO had instead clinged to its struggle for Malay supremacy and took pride in narrow racism with chants such as "Hidup Melayu!" ("Long live the Malays").

“Till this day, it is not willing to change its struggle to one that is based on Islam.

"Where is the Islamic spirit in UMNO?" asked Nik Aziz.

Nik Aziz said confusion had been created by UMNO among Malay Muslims.

“What confuses the Muslims is when UMNO calls itself as advocates for Islam but rejects Islam, for example the Hudud laws,” he explained.

Nik Aziz also maintained that there was nothing in the Federal constitution which suggested that Malaysia was "secular", citing constitutional expert Dr Aziz Bari of the International Islamic University who stated that Islam was the official religion and was supposed to be advocated as a basis for the country's administration.

“Why did UMNO leaders look down on this statement?,” he said.

He said UMNO held on to secularism, accepting Islam based on their own interest, and said this was reason enough for the people to vote out UMNO in the election.

On the move by PAS Supporters Congress (DHPP) to explain the justice system in Islam, Nik Aziz said the move should embarass UMNO.

“UMNO should be ashamed that an Indian [non-Muslim] like Balasundram (of DHPP) is willing to organise a seminar to explain the Islamic justice system to those who have yet to understand how fair Islamic laws are.

"All this while, has UMNO not thought of doing the same thing for their friends in Barisan Nasional?” he chided.
READ MORE- Nik Aziz says ready to join UMNO if...

Sunday, August 15, 2010

adik cume tanye je ibu...

~huk3 cdihnye tgok baby2 nih...~

dimanakah
harga kasih sayang insan bernama ibu..
manusia zarah dari bumi..
hilang kemanusiaan
hilang kemuliaan
kenapakah
mencari kehidupan yang xpasti
mencari keseronokan xabadi
remaja
kamulah pemimpin
pada dirimu hari ini
pada negaramu akan datang
renung-renungkan
belajarlah mencintai dirimu sendiri dahulu
mencari cinta hakiki cinta Rabbimu
sebelum mencari cinta manusia yang cume sementara


READ MORE- adik cume tanye je ibu...

WANITA ITU..

WANITA ITU..

ayuh khatam Quranul Kareem

ayuh khatam Quranul Kareem

~Allahu Akhbar~