CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

(>_-)

~sayang dia~

Blog Archive

~ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

. : :Ahlan Wasahlan Wa marhaban bikum : : .

Alhamdulillah syukur padamu illahi...kerana memberi ku ruang dan rasa cinta untuk mengilham ruang muhasabah, mentarbiah juga membina cita-cita dalam menuju anjakan paradigma dan membina sahsiah diri yang berpotensi dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa didunia dan akhirat~insyaallah~


Allah.....semoga ruang ini adalah jalan kami menuju keinsafan jua peringatan pada diri hamba dan sahabat tersayang di dunia akhirat...


Sunday, March 27, 2011

Kahwin campur di Kelantan meningkat

Kahwin campur di Kelantan meningkat

KOTA BHARU- Perkahwinan campur di kalangan rakyat negeri ini dengan warganegara asing didapati meningkat dari setahun ke setahun.

Penolong Pengarah Kanan Dakwah Ukhwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Rohani Kadir, berkata, sehingga Mac ini, jumlah peserta saudara baru (mualaf) yang mengikuti kelas dan kursus anjuran JHEAIK adalah seramai 150 orang.

“Jumlah ini jika berbanding tahun sebelumnya, ia meningkat dan memang tidak dinafikan setiap masa ada saudara baru yang memeluk Islam.

“Perkahwinan campur di negeri ini terkawal dan kebanyakan mereka bahagia bersama ahli keluarga asal dan anak-anak dengan bekerja di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas Seminar Keluarga Bahagia ‘Kahwin Antara Bangsa, Bahagia Semakin Terasa’ Saudara Kita di Balai Islam, Lundang, di sini, semalam.

Beliau berkata, sebaik sahaja saudara baru tersebut mendaftar dengan JAHEAIK memaklumkan mereka memeluk agama Islam, pihaknya mengalu-alukan saudara baru berkenaan untuk menghadiri kelas fardu ain, kursus dan seminar.

Menurutnya, setiap pagi hingga tengah hari Jumaat pada hujung minggu, JAHEAIK menganjurkan kelas fardu ain yang membolehkan saudara baru mempelajari al-Quran.

“Kelas al-Quran ini meliputi tiga tahap termasuk kelas Iqra’, Muqqadam (Juz Amma) dan al-Quran 30 Juzuk dengan memberi fokus terhadap Tajwid.

“Selain itu, pihak kami menyediakan kelas khatam al-Quran kepada saudara baru yang mampu menamatkan pengajian al-Quran,” katanya.

Rohani berkata, boleh dikatakan kesemua mereka yang berkahwin campur terdiri daripada kalangan warga negara termasuk Thailand, Indonesia, Ghana, Mynmar dan Laos.

Katanya, bagi pasangan yang menghadapi masalah dalam rumah tangga, JHEIK cuba menyelesaikan masalah berkenaan melalui kaunseling bagi mengelak sebarang penceraian.

0 ulasan:

WANITA ITU..

WANITA ITU..

ayuh khatam Quranul Kareem

ayuh khatam Quranul Kareem

~Allahu Akhbar~