entri ni ambo terjumpe mse duk belek2 we gua.com...huhuu pengalaman yang thriller kot... Lama tidak bersua dalam ‘Bila Malam Menjelma’. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman seorang rakan. Berlaku pantas tetapi penuh makna. Akibat ke tandas terlalu lama, dia ketinggalan bas untuk pulang ke rumahnya. Waktu itu jam 12 malam. Teksi? Dalam poketnya cuma ada RM4. Dalam dompetnya hanya berbaki RM5. Duit syiling adalah sikit-sikit dalam beg galas. Hujung bulan, wang pun menyusut. Tiga hari lagi baru gaji masuk. Alternatifnya, terpaksalah cuba-cuba bermalam di masjid. Mungkin ada masjid yang tidak berkunci. Terpaksalah kunci masjid, nanti pencuri masuk. Manusia, masjid pun ada yang berani curi barang. Dalam perjalanan ke masjid, dia bertembung dengan ‘ mat gian’ macam tengkorak hidup dan berbau busuk minta duit. Cepat-cepat dia lari. Kasihannya tengok budak-budak muda rosak jadi penagih. Air liur meleleh dari mulut yang kehitaman. Berdegup jantungnya. Manalah tahu kena tikam dengan mat gian tu. Yelah, orang macam tu mana fikir apa dah. Dia terpaksa ke tandas sebentar. Bukan untuk buang air tetapi melarikan diri dari mat gian tu. Dalam tandas, ada orang menangis sambil kelar tangannya dengan pisau kecil. Gila ke apa? Terus dia lari... Bila lari, terus lintas jalan. Nasib baik tak kena langgar dengan mat rempit satu kumpulan. Laju macam pelesit. Akhirnya sampai di satu lorong. Dia dahaga. Nak singgah beli air. Ada seorang awek berada di kaunter nak bayar. Apa dia beli? Arak! Rasanya balak dia tunggu dalam kereta di luar... Selepas beli air mineral yang paling murah, dia keluar. Ada orang tahan dia. Tepuk-tepuk bahu macam dah kenal lama. Orang tu tanya, "Mau amoi? Macam–macam jenis ada? U cakap saja..." Budak baik macam dia mana layan amoi-amoi semua. Huh, kecur perut dia bila pertama kali dalam hidup orang tawar khidmat pelacur... Terus dia minta diri cara baik. Dia cakap terus terang. Tak ada duit! Mamat tadi maki hamun dia sebab tak jadi ambik amoi... Jam sudah 3:20 pagi... Dia terlelap di stesen bas. Bangun-bangun, jam 6:40 pagi. Sempat juga dia lelap walaupun tidur-tidur ayam. Apa jadi? Beg dia yang ada stokin busuk dan roti yang tak habis makan dah kena curi. Hishhh... bukan ada apa dalam beg tu. Paling mahal pun, CD kumpulan Raihan. Hmm... Semoga pencuri tu insaf. Dalam keadaan pening-pening lalat dan geram, dia terus menaiki bas pertama balik ke rumahnya. Terpaksa ambil MC. Sampai di rumah dia terus tidur dan... demam seminggu. Kerana dua, tiga minit lewat dalam tandas dan terlepas bas, dia alami trauma di satu malam penuh luka di ibu kota... Kalau anda di tempatnya?
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
0 ulasan:
Post a Comment