CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

(>_-)

~sayang dia~

Blog Archive

~ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

. : :Ahlan Wasahlan Wa marhaban bikum : : .

Alhamdulillah syukur padamu illahi...kerana memberi ku ruang dan rasa cinta untuk mengilham ruang muhasabah, mentarbiah juga membina cita-cita dalam menuju anjakan paradigma dan membina sahsiah diri yang berpotensi dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa didunia dan akhirat~insyaallah~


Allah.....semoga ruang ini adalah jalan kami menuju keinsafan jua peringatan pada diri hamba dan sahabat tersayang di dunia akhirat...


Saturday, February 18, 2012

Sirah Nabi s.a.w di Gua Hira'

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati para Hakim Yang Arif lagi Bijaksan, Yang dikasihi para hadirin dan hadirat tetamu dewan sekalian. Kisahnya Rasulullah s.a.w tersebar seluruh dunia, Manjadi teladan sepanjang zaman, Beruzlah baginda 6 bulan di Gua Hira', Diangkat menjadi rasul ketika 40 tahun. Nabi Muhammad s.a.w. telah mempunyai kehidupan yang cukup baik terutama selepas mengahwini Siti Khadijah dan dikurniakan putera dan puteri. Namun mengapa Nabi Muhammad lebih memilih berkhulwah di Gua Hira' yang terletak di sebuah bukit yang dikenali dengan Jabal Nur di bahagian sebelah barat laut Makkah. Dikatakan di dalam gua itu hanya boleh memuatkan dua orang sahaja masuk ke dalamnya. Tujuan baginda s.a.w. mengasingkan diri di Gua Hira’ adalah untuk beribadat kepada Allah s.w.t berdasarkan syariat Nabi Ibrahim a.s. iaitu solat, zikir dan lain-lain; baginda ingin mengasingkan diri daripada suasana Jahiliah yang bermaharajalela di Bumi Makkah; dan membersihkan jiwa sambil bertafakur memikirkan kebesaran Ilahi. Nabi Muhammad s.a.w. bersendirian dengan bekalan makanan selama beberapa malam berturut-turut. Firman Allah yang bermaksud: “Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).” (Surah Asy-Syams 91:8-10) Kawan-kawan semua, sirah Nabi berkhulwah dalam gua menjadi panduan kepada kita supaya beruzlah mengasingkan diri daripada maksiat dan kemungkaran yang wujud di dunia. Dan sebagai hambaNya yang taat kita juga mesti mencari waktu untuk beruzlah memikirkan kebesaran Allah. Sesungguhnya apabila Allah ingin mendorong seseorang hamba berdakwah kepada kebaikan dan pengislahan, Dia akan memasukkan ke dalam hatinya, rasa benci kepada kesesatan dan kerosakan yang dilakukan oleh masyarakatnya. Pada suatu hari baginda mendapat mimpi yang benar iaitu ternampak cahaya seperti pancaran sinar yang terang di waktu pagi yang memberi tanda akan datangnya kebaikan. Pada 17 Ramadan tahun 610M, sedang baginda beribadah di gua Hira’ datanglah malaikat Jibril a.s membawa wahyu daripada Allah s.w.t., lalu mengajar baginda membaca. Maka berlakulah dialog antara Nabi Muhammad s.a.w. dan malaikat Jibril a.s. seperti berikut: Jibril: Bacalah! (wahai Muhammad). Muhammad: Saya tidak pandai membaca ! Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad s.a.w. dengan kuat, kemudian melepaskannya dan menyuruh lagi baginda membaca. Jibril a.s. telah mengulangi sebanyak tiga kali tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap menjawab bahawa baginda tidak tahu membaca. Lalu malaikat Jibril a.s membaca ayat 1 hingga 5 dari Surah al-ÂAlaq sebagai ayat-ayat yang pertama diturunkan Tuhan. Lima ayat tersebut bermaksud: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam (menulis,membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq 96: 1-5) Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercita-cita menjawat tugas kenabian dan kerasulan. Apa yang Allah s.w.t ilhamkan kepada Baginda hanyalah rasa cinta untuk berkhulwah melakukan ibadat. Allah mengilhamkan perasaan tersebut sebagai proses pembersihan dan persediaan rohani untuk memikul bebanan risalah. Sekiranya Baginda s.a.w. bercita-cita memperolehi kenabian, nescaya Baginda tidak takut malah bersedia ketika wahyu diturunkan kepadanya, tetapi yang berlaku sebaliknya. Kawan-kawan semua, sebenarnya inilah mesej daripada ALLAH kepada kita, terutamanya kepada pejuang Islam, supaya berilmu. Jangan kita berjuang tanpa ilmu, kerana akan hancur di tengah jalan. Dan sebab itulah yang mula-mula sekali suruhan ALLAH kepada Nabi s.a.w ialah disuruhNya membaca. Walhal Nabi Muhammad itu buta huruf. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud, "Dialah Tuhan yang telah membangkitkan di kalangan umat yang buta huruf seorang Rasul yang tak tahu baca/tulis."...Inilah apa yang ALLAH nak beritahu bahwa keadaan nabi yang ummi atau buta huruf bukanlah menunjukkan kelemahan nabi tetapi sebaliknya untuk menangkis tuduhan liar yang mengatakan bahawa nabi sendiri yang menulis wahyu dengan ilmunya yang ada hasil daripada pengajiannya dengan cendikiawan dan pendeta yahudi atau Kristian.Wahyu yang pertama ini memberi peringatan kepada umat Islam tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang akan menunjukkan secara jelas antara yang benar dan salah. Cara penerimaan wahyu ini menunjukkan bagaimana jalan terbaik dalam menuntut dan menerima ilmu iaitu mesti melalui guru dan juga berhadap serta berjumpa antara murid dan gurunya. Antara usaha mendapatkan ilmu selain melalui kuliyyah dan ceramah, ialah membaca. Sebab itu, kita jangan malas membaca. Kata Said Abul `Ala Mawdudi rahimatullahu ta`ala, "Bagi setiap individu muslim, paling minima masa yang mesti diperuntukan untuk membaca ialah 1 jam."... Rasulullah s.a.w. yang menerima wahyu dalam peristiwa Nuzul al-Quran (turunnya ayat al- Quran ) itu terperanjat dan pulang dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Setelah tiba dirumah, lalu baginda menemui Khadijah binti Khuwailid r.ha, sambil berkata: “Selimutkanlah daku! selimutkanlah daku!”. Baginda s.a.w. lantas diselimutkan sehingga hilang rasa gerun dan takut. Akhirnya, baginda s.a.w. menceritakan kepada Khadijah tentang peristiwa aneh yang berlaku ke atas dirinya, Sebagai isteri yang bijak, Khadijah Khuwailid tidak menunjukkan rasa cemas sebaliknya berusaha menenangkan suaminya. Malah Khadijah percaya seratus peratus pada kenyataan suaminya dan ikut beriman kepada Allah. Lalu Khadijah r.ha berkata: “Demi Allah! Dia tidak akan mengecewakanmu, engkau adalah orang yang sentiasa menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang susah, memenuhi keperluan orang lain, memuliakan tetamu dan menyampaikan amanah kepada yang berhak”. Kata-kata ini memberi semangat baru kepada nabi di mana kita dapat lihat betapa pentingnya peranan isteri dalam menjayakan dakwah suaminya. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadijah merupakan seorang yang telah menjangkau usia 40 tahun namun keadaannya dengan izin Allah bagaikan anak dara berusia 17 tahun. Usia bukan matlamat perkahwinan ini tetapi sifat keibuan dan kematangan yang ada pada Siti Khadijah merupakan aset penting kepada diri Rasulullah s.a.w. Ketenangan Siti Khadijah dalam menghadapi situasi yang mencemaskan ini banyak membantu nabi s.a.w. untuk mengawal situasi yang dihadapi. Kawan-kawan semua, setiap manusia memerlukan pelukan kasih sayang, tanpanya binasalah fitrah manusiawi. Terjadinya permasalahan sosial yang kritikal pada hari ini adalah kerana ramai anak-anak menghadapi tekanan dan tidak mendapat ketenangan jiwa apabila bersama keluarga. Islam menggalakkan hubungan emosi dan dalam satu hadis Rasulullah SAW memberitahu, barang siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari dan Muslim). Oleh yang demikian, perbanyakanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal (pelukan). Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Rasulullah s.a.w. terus di bawa oleh Khadijah menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah dan penulis kitab Injil dalam bahasa Al- Ibrani lantaran beliau merupakan penganut agama Kristian di zaman Jahiliah. Baginda s.a.w. telah menceritakan peristiwa yang telah baginda alami semasa di gua Hira’. Lantas Waraqah yang ketika itu telah tua dan buta berkata: “Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Sesungguhnya engkau ini adalah nabi untuk umat ini, engkau telah didatangi Namus agung(malaikat Jibril) yang pernah mendatangi Musa dan engkau kelak akan dikatakan berbohong, engkau akan mereka sakiti, akan mereka usir dan mereka perangi”. Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar”. Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah mereka akan mengusirku“. Lalu Waraqah itu menjelaskan: ” Ya! Semua yang membawa tugas seperti yang engkau bawa ini tetap dimusuhi dan diperangi oleh manusia, andainya aku masih hidup pada waktu itu, akan aku bantu engkau seboleh-bolehnya”. Namun, tidak berapa lama setelah itu, Waraqah pun meninggal dunia sebelum sempat menunaikan hajat murninya itu. Kawan-kawan, ini menunjukkan pentingnya merujuk kepada orang yang berilmu untuk kepastian terhadap perkara penting yang berlaku. Rasulullah s.a.w. sebenarnya telah mendapat kepastian bahawa Baginda adalah Rasul, setelah melihat Jibril a.s. Namun kepastian itu menjadi lebih kuat setelah Waraqah bin Naufal menegaskan perkara itu kepada Baginda s.a.w. Ini menunjukkan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita agar kita tidak sesat dan silap arah pedoman. Kesimpulannya, peristiwa Nuzul al-Quran merupakan satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Nuzul al-Quran ini seterusnya terjadi berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan bersamaan 610M, ketika usia Nabi Muhamad s.a.w. 40 tahun. Perkataan Al-Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi s.a.w. maka ia memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Penurunan wahyu itu menjelaskan lagi tugas yang perlu dilakukan baginda, iaitu mengajak manusia menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya. Selepas itu, baginda mula berdakwah kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat supaya menyembah Allah. Orang yang mula beriman ialah isterinya, Khadijah, kemudian Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar. Dengan perantaraan sahabat karibnya, Abu Bakar, lebih ramai memeluk Islam, membabitkan Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Abu Ubaidillah bin Jarrah, Arqam bin Abi Arqam, Fatimah binti Khatab dan suaminya, Said bin Zaid al-’Adawi. Mereka bersama beberapa penduduk Makkah yang lain diberikan gelaran ‘as-Sabiquun al-Awwalun’ iaitu golongan pertama memeluk Islam. Dakwah secara rahsia itu selama tiga tahun, kemudian baginda melakukan dakwah secara terbuka. Seruan secara terang-terangan ini menarik perhatian masyarakat, sehingga ramai memeluk Islam. Jika dakwah islah merupakan satu perkara yang janggal kepada kepercayaan dan mentaliti kebanyakan orang ramai, pendakwah tidak perlu menyampaikannya secara lantang. Dia perlu menangguh langkah dakwah secara terang-terangan sehinggalah sebahagian manusia telah mengimani dakwah tersebut dan sanggup berkorban apa sahaja demi jalan dakwah. Langkah ini dilakukan supaya jika pelopor dakwah ditentang hebat, para pengikut yang beriman dengan dakwahnya akan bangkit melakukan kewajipan dakwah (menggantikan beliau). Dengan itu, kesinambungan dakwah akan terjamin.

0 ulasan:

WANITA ITU..

WANITA ITU..

ayuh khatam Quranul Kareem

ayuh khatam Quranul Kareem

~Allahu Akhbar~