CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

(>_-)

~sayang dia~

Blog Archive

~ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

. : :Ahlan Wasahlan Wa marhaban bikum : : .

Alhamdulillah syukur padamu illahi...kerana memberi ku ruang dan rasa cinta untuk mengilham ruang muhasabah, mentarbiah juga membina cita-cita dalam menuju anjakan paradigma dan membina sahsiah diri yang berpotensi dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa didunia dan akhirat~insyaallah~


Allah.....semoga ruang ini adalah jalan kami menuju keinsafan jua peringatan pada diri hamba dan sahabat tersayang di dunia akhirat...


Saturday, February 18, 2012

Derhaka Pada Mertua

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendini. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?" "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Tuan Ibrahim juga menjelaskan, kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah,kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari,Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isteninya pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isteninya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. "Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita ya berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain." Tuan Ibrahim berpesan, "Ibu-ibu tolong maafkan anak-anak dan doakan keselamatan mereka. Memang anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata,itu ujian Tuhan. Berdoalah kepada Allah semoga bila usia anak meningkat perangainya berubah: "Jika masih tidak berubah, berdoa lagi moga-moga berubah selepas kahwin.Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal tulislah wasiat kepada anak-anak.Tolong jangan tinggal sembahyang dan jadilah anak yang soleh. Ibu-ibu juga amalkan surah Toha ayat satu hingga enam kerana ia mujarab melembutkan hati anak-anak."

0 ulasan:

WANITA ITU..

WANITA ITU..

ayuh khatam Quranul Kareem

ayuh khatam Quranul Kareem

~Allahu Akhbar~