CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

(>_-)

~sayang dia~

Blog Archive

~ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~

. : :Ahlan Wasahlan Wa marhaban bikum : : .

Alhamdulillah syukur padamu illahi...kerana memberi ku ruang dan rasa cinta untuk mengilham ruang muhasabah, mentarbiah juga membina cita-cita dalam menuju anjakan paradigma dan membina sahsiah diri yang berpotensi dalam menjadi hamba Allah yang bertaqwa didunia dan akhirat~insyaallah~


Allah.....semoga ruang ini adalah jalan kami menuju keinsafan jua peringatan pada diri hamba dan sahabat tersayang di dunia akhirat...


Friday, October 8, 2010

ANTARA SOALAN YANG SERING DITANYA DALAM FARAID

i. Apakah harta-harta yang termasuk di dalam harta pusaka orang Islam?

Keseluruhan hartanya pada waktu dan detik berlaku kematiannya termasuk wang KWSP, pampasan, wang ringgit, rumah dan sebagainya.

ii. Siapakah waris-waris yang berhak?

Waris-waris yang berhak adalah sebagaimana ditentukan oleh hukum syarak.

iii. Apakah kedudukan harta sepencarian di dalam wasiat faraid?

Pihak Wasiatfaraid memegang kepada prinsip bahawa harta sepencarian adalah suatu peruntukan yang diterima pakai di Malaysia. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang bercadang untuk membuat wasiat faraid perlulah mengkaji dan membuat peruntukan yang sesuainya bagi bahagian harta sepencarian pasangan mereka. Ini adalah terpakai bagi kedua-dua laki-laki dan perempuan.

iv. Adakah wajar sekiranya suami isteri membuat wasiat faraid pada masa yang sama?

Pihak wasiatfaraid amat setuju apabila kedua-dua pasangan membuat wasiatfaraid pada masa yang sama. Ini adalah mirip kepada "mutual will" di mana dua orang membuat wasiat dengan persetujuan tentang salah satu perkara yang akan wujud di dalam wasiat masing-masing. Sebagai contoh, dengan pasangan bersetuju tentang bahagian-bahagian harta mereka yang termasuk di dalam bahagian harta sepencarian, maka kedua-dua pasangan boleh membuat perakuan yang nyata tentang perkara tersebut dan mengelakkan tohmahan pada masa akan datang.

v. Kenapa Wasiat Faraid penting bagi saya?

Saudara perlulah mengambil maklum akan fungsi wasiat itu sendiri. Secara ringkasnya, ianya berfungsi seperti berikut:

i. melantik pentadbir harta;

ii. melantik pemegang amanah;

iii. melantik orang-orang tertentu untuk urusan tanah terurus (settled land);

iv. melantik penjaga (guardian) bagi kanak-kanak di bawah Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961;

v. membatalkan wasiat terdahulu;

vi. memberi arahan terhadap pengebumian; dan

vii. memberi kuasa kepada pentadbir harta untuk melabur harta atau membahagi pusaka tanpa memerlukan persetujuan.

vi. Saya telahpun membuat penamaan di KWSP. Adakah penama-penama berhak kepada wang caruman KWSP?

Tidak. Prinsip yang perlu dipegang adalah wang caruman KWSP akan berbalik kepada pencarum apabila pencarum mencapai umur 55 tahun dan merupakan harta pencarum. Sekiranya pencarum meninggal dunia sebelum mencapai umur tersebut, maka ianya termasuk di dalam harta pesakanya.

vii. Apakah wasiat yang diterima pakai oleh undang-undang?

Mengikut s. 5(1) Ordinan Wasiat sesuatu wasiat hanya akan dianggap sah jika ia dibuat secara bertulis. Seksyen 5(2) menurun cara-cara atau format yang perlu diikuti dalam pembentukan suatu wasiat iaitu:

. bertulis

i. ditandatangani oleh pewasiat atau seseorang yang diarah dan di hadapannya

ii. disaksikan oleh dua orang saksi

Walau bagaimanapun s. 26 memperuntukkan kekecualian kepada peruntukan s. 5 ini. Seksyen 26 membolehkan seseorang membuat wasiat secara tidak rasmi atau dengan tidak mengikut format yang ditentukan. Wasiat ini dipanggil wasiat istimewa (privileged will) yang mana ia hanya boleh dibuat oleh seorang anggota tentera yang sedang yang berada atau menjalani perkhidmatan ketenteraan sebenar (actual military service) dan bukannya yang hanya berada dalam perkhidmatan ketenteraan (active military service) dan juga tentera laut yang berada di laut. 'Perkhidmatan ketenteraan sebenar' bermaksud anggota tentera itu sedang berada dalam keadaan peperangan atau yang memungkinkannya menghadapi sebarang bahaya. Wasiat istimewa tidak perlu bertulis dan ditandatangani atau disaksikan. Ia juga boleh dibatalkan secara tidak rasmi.

viii. Bolehkah kita berwasiat kepada seorang yang sudahpun menjadi waris di dalam harta pesaka?

Pertama, terdapat polemik sama ada dibenarkan atau tidak wasiat bagi seorang ahli waris. Ini mungkin bukan forum yang sesuai untuk membincangkannya. Namun yang demikian, wasiat khusus kepada waris dapat diterima. Contohnya, supaya harta yang spesifik diberikan kepada salah satu waris. Ini mempunyai hikmah disebaliknya. Sebagai contoh, anda membuat wasiat supaya anak bongsu yang menerima rumah tersebut. Ini bermakna, anak bongsu mendapat pilihan untuk mematuhi wasiat tersebut. Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah untuk mendapatkan dana, seperti membuat pinjaman bank, dan membayar nilai pesaka waris-waris lain di dalam rumah tersebut.

0 ulasan:

WANITA ITU..

WANITA ITU..

ayuh khatam Quranul Kareem

ayuh khatam Quranul Kareem

~Allahu Akhbar~